Thursday, November 8, 2007

Watak & Perwatakan Cerpen Pendidik Millenium

Cerpen yang bertajuk 'Pendidik Millenium' ini dipetik daripada sebuah antologi cerpen berjudul 'Purnama Senja' yang diterbit oleh Asas '50 dan cerpen ini dikarya oleh Muhammad Khairool Haque Bin Abdul Kadir daripada 3M1( kelas sebelah je.. ).


Hakim
Hakim ialah seorang pelajar dan juga merupakan salah seorang anggota pasukan pengakap sekolahnya. Dia boleh sifatkan sebagai 'kurang pandai' namun dia boleh dikatakan sebagai seorang pelajar yang optimis dan penuh keyakinan diri. Ini jelas dipaparkan di dalam diri Hakim yang amat menaruh harapan terhadap segala masanya di sekolah agar dia dapat menimba sebanyak ilmu mungkin dan memajukan dirinya. Hakim juga seorang yang tidak senang akan dirinya dikongkong oleh kuasa yang lebih besar demi kebaikan kuasa itu sendiri. Ini jelas ditunjukkan apabila Hakim menyatakan mengenai persiapan pasukan pengakap sekolahya ketika menantikan hehadiran pasukan pengakap daripada sekolah lain. Dia dan rakan-rakan pengakapnya yang lain 'sudah diberitahu perkara-perkara yang harus dibuat' dan 'perkara-perkara yang tidak patut mereka buat'. Malah, Hakim menyifatkan diri mereka semua sebagai 'sebuah robot' dan mereka semua seperti 'diprogramkan oleh guru mereka itu untuk berlakon sebagai seorang pengakap yang baik'. Hakim juga seorang pelajar yang kreatif. Apabila disuruh gurunya untuk menulis sebuah karangan mengenai bangsa-bangsa di Singapura yang hidup bersatu, Hakim memilih untuk mengaitkan karangannya itu kepada kehidupan berbilang bangsa yang aman ketika zaman Rasullah s.a.w. Walaupun contoh ini menunjukkan aspek kreativiti Hakim, ia juga menunjukkan bahawa Hakim ungkal dan tidak mengikut arahan gurunya. Hakim juga amat bijak menjawab gurunya ketika dicabar sehingga gurunya itu tidak mampu melawan kembali kata-kata pelajarnya itu. Hakim juga seorang yang mementingkan soal keadilan sehingga dia ingin bertemu dengan pengetua sekolah untuk melaporkan tentang sikap seorang guru yang baginya, kurang bersesuaian.


Cikgu Halim
Cikgu Halim seorang guru Bahasa Melayu dan dia memiliki sebuah kereta Honda Integra. Dia tidak disukai oleh para pelajar disebabkan sikapnya yang cepat marah dan kecenderungannya melontarkan kata-kata tajam kepada para pelajar. Kadang-kala, dia akan memarahi pelajarnya tanpa sebab atau tanpa alasan yang teguh. Cikgu Halim juga seorang guru yang tidak bertanggungjawab dan ini jelas ditunjukkan apabila dia menyatakan bahawa dia sudah memeriksa buku kerja pelajarnya namun hakikatnya, buku kerja mereka sudah dikembalikan pada masa yang lebih awal lagi. Cikgu Halim juga tidak mengambil endah perihal para pelajarnya kerana dia telah memberi tugasan yang belum lagi diajar cara menjawabnya kepada para pelajarnya dan hanya memberi tempoh sehari sahaja untuk menyelesai tugasan itu serta memberi amaran kepada pelajarnya agar tidak lambat menghantarnya. Cikgu Halim juga mempunyai hubungan sulit dengan pengetua sekolah namun agar gelisah takut-takut hubungan mereka itu diketahui pihak awam.


Ms Wong
Ms Wong merupakan pengetua sekolah dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz. Dia mempunyai hubungan sulit dengan salah satu guru di sekolahnya, iaitu Cikgu Halim. Malah, dia tidak berasa segan-silu untuk meneruskan hubungannya itu dan agak manja ketika berbicara dengan Cikgu Halim. Dia juga bersikap tidak adil terhadap Hakim kerana menghalaunya dari pejabat tanpa mendengar aduan yang hendak dikemukakan Hakim. Ini mungkin kerana Ms Wong telah dihasuti Cikgu Halim yang sememangnya mempunyai pertelingkahan dengan Hakim.